D.U I.T... Duit adalah amat penting dalam kehidupan manusia. Dan duit jugalah segalanya bagi kita yang makin menongkah arus kehidupan ini maju ini.. Dan duit ini dah umpama segalanya bagi kita.. Maksud D.U.I.T ini bagi pengamatan saya. Punya makna dan fungsinya sendiri. Bagi saya D.U.I.T ini D-Doa.. U-Usaha.. I-Ikhtiar.. T-Tawakal... Dalam hidup sebagai islam yang sejati,kita diharuskan berdoa untuk mendapatkan apa jua. Mahupun,kejayaan,duit atau rezeki. Selepas Doa,kita harus susulkan dengan Usaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu,terutamanya Duit kan?? Tanpa Usaha,hanya Doa,itu tak memadai.. Tak jatuh der Duit dari langit.. Bila Usaha semakin kuat,kena la pulak Ikhtiar,supaya Doa yang dipanjat,Usaha yang dibuat,akan diberkati dan dimakbul Allah Swt. Dah asyik Ikhtiar,bila da nampak bayang2 Usaha kita tu. Kita harus Tawakal la pulak kepada Allah Swt.. Samada Doa yang kita panjat,Usaha yang kita buat,Ikhtiar kita,itu akan berhasil atau tidak. Nak taknak kena Tawakal. Dan apapun jua yang kita akan perolehi,kita harus sedia terima Qado dan Qadar.. Tujuan saya membentang kan karya mengenai D.U.I.T ini hanyalah semata ingin membuka minda kita untuk memikirkan step yang betul dalam mencari D.U.I.T yang disaran dalam islam dan yang halal.. Apa yang kita lihat sekarang ni. D.U.I.T ini telah amat amat berkuasa dan sekeping kertas ini juga telah mengawal total kehidupan kita, Dan kita pulok dah,yang jadi hamba Duit ye sedara.. Ajaib sungguh kertas bernombor ni. Dilengkapi corak,nombor,dan bau yang harum dan angka berbeda. Betul betul mengilakan kita semua. Ibarat pepatah orang putih. NO MONEY NO TALK.. Hush,takda duit bole bisu... Hihihi. Gila.. Gila.. Sebelum matawang atau duit ini digunakan,manusia mengunakan sistem barter. Adil dan dua2 pihak puas ati. Tapi cuba kita bayangkan ye,kalau sekarang duk pakai lagi sistem barter.. Kacau la jadinya,takkan kancil nak ditukar dengan ferari!? Sapa yang nak.. Agak syok kat kekasih orang,bole ke tukar kekasih?? Hush agak seram juga,patutlah matawang diguna ye. Rupanya kerna perubahan zaman... D.U.I.T ni amat besar bejasa pada manusia kita sekarang,sampai ada yang kata. "Aku duit ni nyawa aku,takda cinta pun takpa,janji ada duit".. D.U.I.T telah kuasai cinta.. Ada lagi yang cakap," Aku tak makan pun takpe,janji ada duit".. Sanggup taknak makan,janji duit banyak.. Nyawa dan badan jadi kurang penting pulak berbanding Duit. D.U.I.T ini juga amat berpengaruh pada orang atasan,atau bos2 korang.. Sanggup tindas pekerja,cari salah pekerja,semata mata nak nama. Gaji dan elaun pekerja dipotong suka2!!!! Kerna duit juga ramai yang berubah profesion jadi perompak,peragut,pemecah rumah. Sanggup gadai maruah,dan buat jenayah.. Yang penting duit masyuk bro.. Berat mu ni.. Serabut peruk tul!!! Tak kurang hebatnya D.U.I.T ini mempengaruhi pelajar kita yang bijak laksana lagi genius. Sanggup gadai maruah,jual diri,jadi anak ikan,adik2,perempuan simpanan datuk datuk. Melacur diri,hanya kerna sekeping kertas yang bernama D.U.I.T ini juga.. Masyallah.. Besar tol ye kuasa dia.. Kalah setan... Dan dibadan badan kerajaaan juga kita kerap dengar ramai pegawai atasan KANTOI kerna riba,rasuah makan D.U.I.T... Hilang akal,hilang pegangan agama,hilang dah maruah dan janji pada diri Allah Swt. Elok sangat kan D.U.I.T ini sedara??.. Gila woo... Budak budak pun bila dibagi duit belanja seringgit dua taknak dah dia. Tak cukup katanya... Nilai D.U.I.T tu dah amat kecil bagi anak kecil ni... Kasih sayang dan cinta yang disemai dalam keluarga pun bole hancur dek kerna D.U.I.T ni sedara.. Tak caya?? Tengoklah tv... Ramai suami yang dok pi main nombor,kerna D.U.I.T ni.. Sampai hutang Ah-long.. dashyat tuh.. Semuanya duit,sekarang ni. Takda duit,tak dipandang,dah macam sampah,memang tak kawin la jawabnya kalo takde duit,sapa pun taknak bekawan ngan kita. Dan nak buat apa pun tak bole kan??? Tapi kalau banyak D.U.I.T. Fuhhh... Semua dok mengaku sedara der. Bukan main ramai kawan. Sekali petik 5 yang datang taw... Hebat kan semua kuasa mutlak D.U.I.T ni... Bisa menolong,menaikkan,dipandang tinggi. Bisa menjatuhkan,dicaci,dipulaukan.. Kalaulah dunia kita ni tak gunakan D.U.I.T ini. Macamana pulak la sikap dan kegilaan kita kan?? Malaysia ni ntah2 tak masuk pun dalam peta dunia... Apa yang anda dah baca,dan saya dah bentangkan punya kaitan dengan kita dan amat rapat dengan kita.. Juga dah WAJIB dalam hidup kita.. Cuma satu je,biarlah kita mengunakan dan mencari D.U.I.T ini dengan cara yang halal. Dan janganlah korbankan diri,iman,dan jiwa anda seratus peratus sebagai hamba D.U.I.T... Ikutilah Suruhan Allah Swt dan tinggalkan larangannya dalam menguruskan D.U.I.T ini... Moga kita berjaya dunia akhirat... Dan tidak terus menjadi hamba duit... Insyallah... Alhamdulillah Allah menitipkan ilham kepada saya. Untuk karya saya yang ke 11 ini.. Sekian... Asalamualaikum... SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA!!! Create by IRWANSHAH 22.6.11 23.26... Renungilah maksud ayat Al-Quran in.. Agar jadi panduan... Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu wanita-wanita dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan haiwan-haiwan ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Ali Imran: ayat 14)
Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab yang seksa yang tidak terperi sakitnya.
(At - Taubah : ayat 34)